The ending of student life

Sedih, tapi itulah lumrah kehidupan.

Tiada apa yang kekal, kan?

A lot of memories were created during in uni's life. Ada pahit, ada jugak manis. 

Terima kasih untuk kawan-kawan saya yang ada bersama sama berjuang dalam menghadapi ujian dan kehidupan universiti ini :) 

Time pegang thesis haritu terdetik dalam hati "wah dah habis dah kau study :')"

Gementar rasanya untuk menghadapi alam dewasa dan pekerjaan. Selalu tertanya tanya mampukah saya? Bolehkah saya bertahan dengan segala ujian yang akan datang? 

Pesan mak selalu diulang pada diri sendiri untuk sentiasa percaya dengan Allah. Percaya dengan ketetapan dan rezeki-Nya. Yang baik adalah rezeki. Yang kurang baik juga adalah rezeki. Maybe untuk bagi kita pengajaran. I think bukan maybe, lebih tepat adalah pasti. Pasti ada hikmah dan pengajaran. Pasti ada kebaikan untuk kita jugak untuk masa hadapan. It will make you stronger, pesan mak. 

But, susahkan untuk kita tanamkan dalam diri? For me la. Tulis memang senang hahaha tapi nanti bila tiba masanya ujian tu sampai, Tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya hati dan badan menanggung. Tapi itulah kehidupan kan? Memang medan ujian untuk hamba-Nya.

So, currently, I am doing good but struggling with job hunting. Penat tau job hunting hahaha. Nak cari syarikat yang okay, nak baca review, nak buat cover letter and the list goes on. But, it is okay tho. Banyak kali aku kena ulang. This is life, hadap je. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah. Surely, everything will be okay dan kau mesti akan nampak jalannya satu hari nanti. Kerja kita adalah berusaha, kan? Rezeki itu kerja Tuhan. 

Ayuh babe, mari berusaha :)

Love, me


Comments

Popular Posts